Pelaksanaan Program Sehari Selembar Benang dapat dilaksanakan dengan baik. Murid-murid yang saya ajar ( Kelas 5 Barathy, Tahun Enam Maha Barathy dan Tahun Enam Kavi Barathy ) begitu berminat dan menunjukkan kesungguhan yang tinggi dalam membina ayat-ayat.
Setiap hari, sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, saya meminta murid-murid membuka buku mini mereka dan menulis satu muka surat yang mengandungi empat gambar dan empat kosa kata. Bermakna murid-murid membina empat baris ayat setiap hari.
Setiap hari saya akan menyemak ayat-ayat yang ditulis oleh murid-murid saya. Saya membetulkan setiap kesalahan dalam ayat jika ada. Saya akan letakkan tanda *bintang* pada setiap ayat-ayat gramatis yang ditulis oleh murid. Saya memberikan galakan kepada murid bahawa buku yang terbaik adalah berdasarkan jumlah bintang yang diperoleh. Ini bagi memastikan murid-murid menulis ayat dengan betul dan gramatis.
Saya menjanjikan hadiah sebagai galakan terhadap usaha murid-murid menulis ayat-ayat dan melengkapkan buku mini mari bina ayat masing-masing. Galakan seperti ini lebih mendorong murid-murid berlumba-lumba membina ayat menggunakan buku mini tersebut.
No comments:
Post a Comment