Hari ini, dikunjungi oleh Pegawai SISC+ Bahasa Melayu PPD Kota Setar, Puan Norzaini. Kami berbincang dan bertukar-tukar pendapat mengenai pencapaian Bahasa Melayu murid-murid Tahun Enam SJKT Barathy dalam peperiksaan percubaan baru-baru dan pencapaian semasa.
Antara perkara yang dibincangkan ialah :
1. Aktiviti yang dijalankan bagi membantu meningkatkan lagi pencapaian murid-murid khusus nya murid-murid dari kumpulan B dan C.
Saya memaklumkan bahawa saya telah membuat analisis mengenai pencapaian peperiksaan percubaan 1. Berdasarkan analisis tersebut, saya telah mengenal pasti kelemahan murid-murid. Antara nya ialah terdapat sebahagian murid lemah dalam soalan 22, 23 dan soalan 25.
Kebanyakan murid menghadapi masalah menjawab soalan menulis dialog, dan menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan puisi. Murid sukar menghuraikan makna bagi rangkap puisi.
Maka, saya telah memperbanyak soalan-soalan nombor 22, 23 dan 25 dan memberikannya kepada murid- murid sebagai latih tubi.
2. Program Komuniti Pembelajaran Profesional atau Professional Learning Community (PLC) akan dijalankan selepas UPSR.
PLC yang akan dijalankan nanti berfokus kepada kemahiran-kemahiran yang dikenal pasti sukar dikuasai oleh murid. Antara nya ialah teknik penyoalan khusus nya soalan-soalan kbat . Satu bengkel mengenai teknik penyoalan soalan-soalan kbat akan diadakan untuk guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu . Kemahiran yang dicadangkan ialah kemahiran lisan.
Dalam perbincangan nanti, guru perlu menyenaraikan soalan-soalan yang akan ditanya semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, guru-guru juga perlu menyenaraikan soalan-soalan yang dijangka akan diberikan oleh murid-murid.
Semasa pengajaran guru di dalam kelas, guru tersebut perlu bertanya kan soalan-soalan yang telah disenaraikan semasa dalam perbincangan. Beberapa orang guru lain yang memantau proses pengajaran dan pembelajaran perlu menyemak dengan menanda soalan-soalan jangkaan yang telah dijawab oleh murid bagi memastikan adakah sama seperti soalan-soalan yang dijangka kan. Selain itu, catatkan juga soalan-soalan lain yang diujarkan oleh murid-murid.
No comments:
Post a Comment