Antara faktor yang menyebabkan hal begini berlaku adalah :
1. tidak menggunakan teknik menjawab soalan yang betul.
Kebanyakan murid masih tidak mengguna pakai teknik menjawab soalan dengan betul semasa menjawab soalan yang diberi. Kemahiran menjawab soalan telah diajar sejak mereka di Tahun Empat lagi dan diulang-ulang hingga ke Tahun Enam.
Kebanyakan murid mampu menggunakan teknik menjawab soalan ini semasa latihan biasa di dalam kelas . Akan tetapi tidak menggunakan nya semasa peperiksaan atau semasa ujian. Satu kerugian yang amat nyata pada saya. Kecewa sangat-sangat.
Walau pun kecewa dan agak marah dengan sikap murid-murid ini, tindakan untuk membetulkan nya harus diambil. Justeru, saya telah mengambil beberapa tindakan.
1. Membuat latihan mengenal pasti kata kunci dalam soalan.
2. Gariskan atau bulatkan kata kunci.
3. Bagi soalan kefahaman / petikan, saya minta murid membaca dahulu soalan.
4. Seterusnya gariskan atau bulatkan kata kunci atau perkara penting yang ditanya dalam soalan.
5. Kemudian, berdasarkan kata kunci atau perkara penting yang digarisi dan dibulatkan, cari kata kunci tersebut dalam perenggan petikan.
Cara ini sebenarnya memberi beberapa kelebihan. Antaranya:
1. Murid dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu membaca keseluruhan petikan yang mungkin panjang.
2. Murid akan cepat dapat menangkap atau mengenal pasti sesuatu jawapan yang terdapat dalam soalan.
3. Banyak membantu khususnya murid-murid yang lemah untuk menjadi jawapan kerana kata kunci atau perkataan penting yang terdapat dalam soalan itu boleh dijadikan panduan mengesan jawapan.
Jadi, hari ini, selepas memberi nasihat dan peringatan kepada murid, sekali lagi saya minta murid memjawab soalan bersama-sama saya.
Saya bimbing dari satu soalan ke satu soalan
Saya berharap agar teknik atau kemahiran ini diguna pakai oleh murid-murid dalam ujian dan peperiksaan yang seterusnya.
No comments:
Post a Comment