Tinggal beberapa hari sahaja lagi menjelang peperiksaan UPSR, ramai pula murid-murid yang sakit. Setiap hari ada sahaja yang tidak hadir ke sekolah kerana masalah kesihatan. Pengajaran dan pembelajaran sedikit terganggu.
Murid-murid mungkin tertekan dengan corak pembelajaran yang kurang sistematik. Datang ke sekolah dari pukul 7 pagi kemudian bersambung hingga pukul 6.00 berada di sekolah untuk melaksanakan kelas tambahan. Balik ke rumah, kebanyakan murid turut terlibat dengan kelas tambahan luar . Terdapat murid yang balik ke rumah dari sekolah pukul 6,00 petang, hanya mampu berehat sehingga jam 1 jam lebih sahaja kerana pada pukul 7.30 malam terpaksa bergegas ke kelas tambahan yang diatur oleh ibu bapa. Ada yang belajar di kelas tambahan malam ni sehingga jam 9.30 dan ada yang bersambung hingga jam 10.30 malam.
Hal ini tentu sekali memenatkan murid. Badan jadi penat, otak pun makin penat. Tak hairan lah jika dilihat kepada pola atau graf pencapaian murid semakin menurun. Ini menunjukkan walau pun byk yang dipelajari tetapi tubuh badan otak mereka penat. Hal ini seterusnya menekan emosi murid.
Selaku guru yang mengajar mereka, saya kerap menasihati mereka agar belajar secara bijak (study smart) dan jangan hanya belajar sehingga memenatkan (study hard). Bila saya ajurkan cadangan agar mereka dapatkan rehat dgn cukup, murid-murid ini mengadu bahawa ibu bapa meminta mereka untuk meneruskan kelas tambahan sehingga malam. Ibu bapa tidak setuju dengan cadangan kami agar memberi ruang untuk anak-anak mereka merehatkan minda dengan mengurangkan jumlah jam untuk kelas tamabahan luar /malam.
Tuesday, September 1, 2015
Sunday, August 23, 2015
Hari ni, pagi-pagi masuk Kelas 5 Barathy untuk jalankan program bacaan pagi. Program Bacaan Pagi yang sepatutnya dijalankan dari pukul 7.30 hingga 8.15 tidak dapat dilaksanakan seperti yang sepatutnya. Hal ini disebabkan kebanyakan murid masih berada di kantin untuk bersarapan, termasuk lah murid-murid yang makan RMT.
Sewaktu saya masuk ke kelas jam 7.30 pagi, hanya seorang murid sahaja yang berada di dalam kelas. Jam 7.40 baru lah 9 orang lagi masuk ke kelas. Selepas jam 7.45 pagi baru lah kebanyak murid masuk ke dalam kelas. 2 orang murid pula masuk ke kelas jam 8.00 dan 8.15 pagi. Bila di tanya apa kah alasan nya kali ini, seorang murid memberitahu jalan jem. Setiap hari datang lambat dengan bermacam-macam alasan. Hal ini telah dimaklumkan kepada guru kelasnya. Seorang lagi, setiap hari akan tiba ke sekolah selepas jam 8.00 pagi dengan alasan, ibu dan bapa nya terpaksa menghantar suratkhabar ke kedai-kedai terlebih dahulu sebelum menghantarkan nya ke sekolah.
Seorang lagi murid yang kerap datang lewat ke sekolah, I.Divendran tidak hadir hari ini. Murid ini adalah murid yang masih lemah dalam 3M. Murid ini juga tidak menjalankan program bacaan pagi kerana setiap hari datang ke sekolah selepas jam 8.00. Murid ini sukar untuk dibimbing kerana sentiasa tidak berada di dalam kelas kerana masalah tidak hadir sekolah , lewat datang dan kurang mendapat kerjasama daripada keluarga.(ibu bapa). Murid ini juga gagal hadir kelas bimbingan yang diadakan pada waktu petang dengan memberi alasan masalah pengangkutan.
Masalah ini sudah lama tetapi masih berlanjutan dan telah pun dimaklumkan kepada guru kelas dan guru hal ehwal murid.
Satu lagi masalah yang saya dihadapi hari ini ialah murid-murid mudah lupa apa yang diajar walau pun beberapa kali soalan yang sama diuji dan disoal. Murid masih melakukan kesilapan semasa menjawab soalan, sekali pun soalan tersebut adalah soalan aras mudah. Soalan tatabahasa masih gagal dijawab dengan baik oleh muird. Apa yang dikenal pasti , masalah ini berpunca daripada masalah murid yang mudah hilang fokus. Tidak bersungguh-sungguh dan tidak membuat ulangkaji.
Tuesday, August 18, 2015
1. Hari ni membuat perbincangan jawapan bagi kertas soalan pemahaman Ujian Percubaan UPSR. Terdapat banyak perbendaharaan kata dan kemahiran yang telah diperbincangkan sebelum ini dalam kertas soalan ini. Walau bagaimana pun, ramai murid masih menjawab salah soalan-soalan tersebut. Sebelum ini, murid-murid telah pun diterangkan mengenai makna dan fungsi perkataan-perkataan dan penggunaan yang betul.
2. Murid tidak dapat mengingat apa yang telah dipelajari sebelum ni walau pun soalan tersebut melihatkan perkataan atau kosa kata yang agak mudah.
3. Murid masih tidak mengikut cara guru ketika menjawab soalan . Mereka tidak mengambil berat tentang teknik menjawab. Ini menyebabkan mereka banyak melakukan kesilapan ketika menjawab soalan.
2. Murid tidak dapat mengingat apa yang telah dipelajari sebelum ni walau pun soalan tersebut melihatkan perkataan atau kosa kata yang agak mudah.
3. Murid masih tidak mengikut cara guru ketika menjawab soalan . Mereka tidak mengambil berat tentang teknik menjawab. Ini menyebabkan mereka banyak melakukan kesilapan ketika menjawab soalan.
1. Pagi ni masuk kelas 6C, kelas murid-murid pencapaian lemah. Buat latihan bahagian A ( membina ayat). Terdapat murid-murid yang telah dapat membina ayat dengan baik. Rasa lega! Walau bagaimanapun, mas1h terdapat 3 orang yang masih melakukan kesalahan dalam pemilihan perkataan, ejaan pun masih tak betul, tanda baca , terutama ketika menulis huruf 's' masih salah. Murid selalu membuat kesalahan yang sama walau pun telah diberi penerangan mengenai cara menulis huruf 's ' dengan betul. Murid masih menulis huruf 'S' dengan huruf besar walau pun di tengah-tengah ayat.
Subscribe to:
Posts (Atom)