Sunday, August 23, 2015

Hari ni, pagi-pagi masuk Kelas 5 Barathy untuk jalankan program bacaan pagi. Program Bacaan Pagi yang sepatutnya dijalankan dari pukul 7.30 hingga 8.15 tidak dapat dilaksanakan seperti yang sepatutnya. Hal ini disebabkan kebanyakan murid masih berada di kantin untuk bersarapan, termasuk lah murid-murid yang makan RMT.

Sewaktu saya masuk ke kelas jam 7.30 pagi, hanya seorang murid sahaja yang berada di dalam kelas. Jam 7.40 baru lah 9 orang lagi masuk ke kelas. Selepas jam 7.45 pagi baru lah kebanyak murid masuk ke dalam kelas.  2 orang murid pula masuk ke kelas jam 8.00 dan 8.15 pagi. Bila di tanya apa kah alasan nya kali ini, seorang murid memberitahu jalan jem. Setiap hari datang lambat dengan bermacam-macam alasan. Hal ini telah dimaklumkan kepada guru kelasnya. Seorang lagi, setiap hari akan tiba ke sekolah selepas jam 8.00 pagi dengan alasan, ibu dan bapa nya terpaksa menghantar suratkhabar ke kedai-kedai terlebih dahulu sebelum menghantarkan nya ke sekolah.

Seorang lagi murid yang kerap datang lewat ke sekolah, I.Divendran tidak hadir hari ini. Murid ini adalah murid  yang masih lemah dalam 3M. Murid ini juga tidak menjalankan program bacaan pagi kerana setiap hari datang ke sekolah selepas jam 8.00. Murid ini sukar untuk dibimbing kerana sentiasa tidak berada di dalam kelas kerana masalah tidak hadir sekolah , lewat datang dan kurang mendapat kerjasama daripada keluarga.(ibu bapa). Murid ini juga gagal hadir kelas bimbingan yang diadakan pada waktu petang dengan memberi alasan masalah pengangkutan.

Masalah ini sudah lama tetapi masih berlanjutan dan telah pun dimaklumkan kepada guru kelas dan guru hal ehwal murid.

Satu lagi masalah yang saya dihadapi hari ini ialah murid-murid mudah lupa apa yang diajar walau pun beberapa kali soalan yang sama diuji dan disoal. Murid masih melakukan kesilapan semasa menjawab soalan, sekali pun soalan tersebut adalah soalan  aras mudah. Soalan tatabahasa masih gagal dijawab dengan baik oleh muird. Apa yang dikenal pasti , masalah ini berpunca daripada masalah murid yang mudah hilang fokus. Tidak bersungguh-sungguh dan tidak membuat ulangkaji.

No comments:

Post a Comment