Kemahiran yang diajar ialah menulis permintaan dan alasan berdasarkan maklumat yang terdapat dalam bahan yang diberi.
Untuk itu, saya telah membuat beberapa langkah pengajaran seperti berikut :
1. Saya telah menyediakan arahan untuk setiap kumpulan.
Arahan tersebut saya berikan dalam bentuk baju. Ini bagi menarik perhatian murid-murid.
2. Setiap kumpulan diminta berbincang untuk melengkapkan dialog berdasarkan gambar dan maklumat yang terdapat dalam teks yang diberi.
3. Dalam dialog tersebut, murid-murid perlu menulis permintaan dan alasan yang sesuai.
4. Akhir sekali, setiap kumpulan diminta melakonkan semula dialog yang telah dilengkapkan tadi.
![]() |
Lipatan kertas yang mengandungi arahan tentang apa yang perlu dilakukan dalam kumpulan. |
![]() |
Arahan untuk setiap kumpulan |
![]() |
Murid-murid berbincang untuk melengkapkan dialog![]() ![]() |
![]() |
Murid-murid menyampaikan pembentang kumpulan dalam bentuk lakonan |
Refleksi
:
1. Murid-murid dapat bekerjasama dalam kumpulan untuk melengkapkan dialog dengan menulis permintaan dan alasan yang sesuai.
2. Kemahiran berfikir dalam kalangan murid dapat dipertingkat.
3. Murid-murid begitu kreatif untuk menjadikan lakonan. mereka lebih menarik.
4. Murid-murid begitu berminat dengan aktiviti yang dijalankan.
5. Pengajaran dan pembelajaran berjalan secara aktif.