Aktiviti Mengambil Imlak
Sebelum ini , biasanya jika melaksanakan kemahiran mengambil imlak, saya yang akan membaca perkataan atau ayat dan murid akan menulis apa yang disebut oleh guru.
Kali ini, saya membuat sedikit perubahan supaya rentak pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan. Saya namakan permainan 'Baca, Sebut, Tulis'
Apa yang saya lakukan?
1. Minta murid bacakan teks yang diberi secara kumpulan atau berpasangan.
2. Saya bahagikan murid mengikut kumpulan. Setiap kumpulan ada 3 orang. Seorang murid jadi pencatat, seorang pembantu pencatat manakala seorang lagi bertindak sebagai pembaca dan penyebut,
3. Murid-murid diminta mengambil imlak seperenggan ayat yang terdapat dalam petikan.
4. Pembaca akan datang ke hadapan , membaca ayat demi ayat yang terdapat dalam petikan dan menyebut semula ayat tersebut kepada pencatat.
5. Pencatat akan mencatat setiap ayat yang disebut oleh Pembaca.
6. Aktiviti ini akan berulang sehingga Pencatat selesai mencatat
semua ayat yang terdapat dalam perenggan yang dibaca oleh Pembaca.
7. Selesai mencatat, Pembantu akan ke hadapan dan membacakan semula ayat-ayat yang telah dicatat.
Refleksi:
1. Suasana pdp lebh hidup, ceria dan aktif
- Murid-murid ( Pembaca) akan berulang alik dari tempat kumpulan masing-masing ke meja guru yang terdapat petikan untuk dibaca.
2. Beberapa kemahiran mampu dikuasai serentak iaitu kemahiran membaca, mengingat, menyebut dan menulis apa yang didengar.
3. Suasana pembelajaran menyeronokkan.